Laman Web Rasmi
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
Sabah Women's Affairs Department
Bersama Mencapai Kecemerlangan

Perutusan Pengarah

Selamat datang ke laman web Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA). Paparan laman web ini menandakan satu lagi usaha JHEWA untuk mendekati pelanggan dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan selaras dengan visi, misi serta objektif JHEWA.

Adalah menjadi hasrat JHEWA agar laman web ini dapat berfungsi untuk memberikan maklumat bermanfaat yang diperlukan untuk mewujud dan menyediakan perhubungan maya dengan pelanggan.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada anda kerana mengunjungi dan memanfaatkan perkhidmatan laman web ini. Bagi pihak jabatan ini, saya mengalu-alukan maklum balas positif anda selaku pelanggan yang kami hargai untuk menambah baik laman web ini.